Archives

JENIS-JENIS PROMOSI

Terdapat 4 jenis promosi iaitu :

  • publisiti
  • jualan terus
  • promosi jualan
  • pengiklanan

This slideshow requires JavaScript.

PEMILIHAN MEDIA PENGIKLANAN

Pemilihan Media Pengiklanan

Faktor Pemilihan Media Pengiklanan
Jenis dan sifat barangan
*        barangan teknikal     –> televisyen, pameran, internet
                                                    –> perlu penerangan dan tunjuk ajar
*        barangan baru           –> sampel percuma
*        barang perhiasan     –> majalah wanita
*        perkakas dapur         –> pameran, ekspo
                                                   – ->perlu tunjuk ajar jurujual
*        perkhidmatan pelancongan –->iklan akhbar/risalah
Kos Pengiklanan
*        ikut kemampuan peniaga
*        peniaga kecil-kecilan – media murah
                                                      – papan tanda/risalah
*        syarikat besar               – media mahal
                                                      – televisyen/ akhbar/ majalah
Tujuan Pengiklanan
*        akhbar
         – matlamat sampaikan maklumat ke seluruh negara
         – barangan baru
*        sampel percuma dan borang maklum balas
         – ingin tahu sambutan orang ramai
*        televisyen/radio/internet
         – untuk atasi pesaing
         – menarik dan liputan luas

This slideshow requires JavaScript.

Saiz Perniagaan
*        syarikat besar
          – media mahal
          – televisyen/akhbar
*        perniagaan kecil-kecilan
          – media murah
          – risalah/poster/sepanduk
Sasaran Pengguna
*        golongan pengguna yang diharapkan membeli
*        sampai mesej kepada golongan yang betul
*        peralatan sukan       – majalah sukan
*        barang kemas           – majalah wanita
Luas Pasaran
*        barangan pasaran  setempat
          – risalah/papan tanda/poster/sepanduk
*        pasaran seluruh negara
          – televisyen/akhbar negara
*        pasaran antarabangsa
          – televisyen setelit/internet
          – majalah antarabangsa
Dasar Kerajaan
*        peraturan mesti dipatuhi
*        penentuan saiz, kandungan, jenis iklan,
*        arak dan rokok dilarang dalam iklan tv
*        dapat kebenaran – Akta Kerajaan Tempatan

JENIS MEDIA PENGIKLANAN

Media Pengiklanan

Jenis-jenis Media Pengiklanan
A)     Akhbar/Majalah
·         Liputan lebih luas
·         Kos murah berbanding yang lain
·         Boleh sertakan gambar/penerangan
·         Boleh dibuat secara berwarna-warni
·         Boleh dibaca berulang kali
·         Boleh pilih ruang/mukasurat
    
B)    Halaman Kuning
·        Ruang iklan di buku panduan telefon
·        Mudah untuk pelanggan
·        Disusun ikut abjad
C)   Televisyen
  • Liputan luas
  • Ada gambar dan penerangan lengkap
  • Boleh diselitkan muzik
  • Lebih berkesan sebab audio visual
  • Boleh pilih masa siaran
  • Boleh menaja rancangan
D)   Poster/Papan tanda/Sepanduk
·        Kos murah
·        Menarik perhatian pengguna
·        Boleh pilih sasaran pasaran
E)     Radio
·         Liputan luas
·         Penerangan lengkap
·         Boleh diselitkan muzik
·         Boleh disiarkan bila-bila masa
·         Boleh taja rancangan
F)     Internet
·         Liputan luas ke selruruh dunia
·         Boleh masukkan kesan animasi/audio visual
·         Boleh terus pesan barang on line
·         Kos murah jika pandai bina laman web sendiri
G)     Lampu Neon
·         Cantik dan menarik
·         Jelas pada waktu malam
·         Boleh jadi pandu arah kepada pengguna
·         Boleh guna untuk tempoh lama
H)    Pameran/Ekspo
·         Sampai ke sasaran pengguna
·         Pengguna boleh cuba barang dan tanya
·         Boleh kesan masalah pengguna
·         Hubungan 2 hala dengan pelanggan

JENIS PROMOSI 1 – PUBLISITI

Publisiti

- Maklumat atau siaran tentang sesuatu produk yang disampaikan oleh pihak media massa.

- Isi kandungan ditulis oleh pakar atau pihak media massa. Jadi ia lebih mudah diterima orang ramai.

Kelebihan publisiti:
a) Penyebaran maklumat menerusi media secara percuma.
b) Lebih diyakini, liputan lebih luas, jalin hubungan baik dengan orang ramai
Kelemahan publisiti:
a) Berita terhad, maklumat tak jelas, kritikan media, masa siaran tidak sesuai, dan sukar dirancang.
b) Maklumat dalam publisiti adalah di luar kawalan pengeluar.
              

JENIS PROMOSI 2 – JUALAN TERUS

Jualan Terus

- Melibatkan interaksi dan pertemuan secara peribadi antara jurujual dengan bakal pelanggan.

- Melantik ejen atau jurujual untuk mengunjung dari satu rumah ke satu rumah yang lain bagi memujuk dan mempengaruhi orang ramai membeli barang mereka.

- Jurujual akan dibayar komisen dan bonus berdasarkan jualan yang diperoleh.

Kelebihan jualan terus:

a) Pelanggan boleh melihat, merasai, menilai dan memeriksa barang tersebut sebelum membeli.

b) Mewujudkan hubungan mesra antara penjual dengan pembeli.

c) Penerangan tentang sifat, keistimewaan dan kualiti barang diberikan kepada pembeli dan setiap pertanyaan pembeli dijawab dengan serta merta.

Kekurangan jualan terus:

a) Liputan pasaran terhad.

b) Kos untuk melatih jurujual serta pemberian ganjaran jurujual adalah tinggi.

c) Pelanggan mungkin didesak untuk membeli.

JENIS PROMOSI 3 – PROMOSI JUALAN

Promosi Jualan

·        Cara galakan jualan bagi tempoh yang singkat
·        Bantu tarik pelanggan baru
·        Galakkan pengguna membeli
·        Barangan dikenali, kekal dan atasi pesaing
Ø  Promosi Pengguna
-   mendorong pengguna membeli
-   pengguna ditawarkan sample percuma, kupon
    hadiah, potongan harga, pertandingan
Ø  Promosi pengedar
-   pemberian insentif kepada pemborong dan
    peruncit supaya menambah pengedaran dan
    jualan
-   pengedar ditawarkan diskaun, barang
    percuma, hadiah wang, pertandingan jualan
Ø  Promosi jualan
-   galakkan jurujual menjual secara lebih
    berkesan
-   insentif diberi – bonus, komisen, peraduan
-   tempoh promosi jangka masa pendek
       Contoh promosi :

JENIS PROMOSI 4 – PENGIKLANAN

Pengiklanan

Merupakan cara komunikasi pemasaran yang bertujuan untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Manakala iklan yang berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan. Antaranya ialah :

1) Pujukan Rasional
Mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli. Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan dan penjimatan.
2) Pujukan emosi
Menimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli. Mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang.
3) Pujukan moral
Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan. Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong.
Jenis pengiklanan terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
a)  Iklan penerangan
Iklan yang memberi penerangan atau maklumat tanpa unsur pujukan. Contohnya. ‘Jauhilah dadah’
b)  Iklan memujuk
Iklan yang memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli dengan menonjolkan kelebihan produk. Contohnya, ‘Syampu Rejoy menjadikan rambut anda lurus’.
c)  Iklan mengingat

Iklan yang mengingatkan pengguna tentang barang sedia ada di pasaran. Contohnya, ‘Pakailah Kasut A line semasa joging’.

Contoh pengiklanan :