Archives

PROMOSI DALAM PEMASARAN

Promosi dalam Pemasaran

Promosi merupakan unsur penting dalam pasaran. Strategi pemasaran melibatkan sasaran pasaran dan campuran pemasaran.

Strategi Pemasaran
a)      Sasaran pasaran ialah golongan pengguna tertentu yang dikenal pasti oleh pengeluar.

b)      Campuran pemasaran pula ialah unsur-unsur yang menjadi asas dalam memenuhi kepuasan sasaran pasaran.

Terdapat 4 unsur dalam campuran pemasaran iaitu:

a)      Harga – harga yang dikenakan seharusnya realistik, berpatutan dan dapat menutup kos pengeluaran.

b)      Promosi – aktiviti yang dapat mewujud dan memperluas pasaran. Antaranya ialah pengiklanan, promosi jualan, jualan terus dan publisiti.

c)      Agihan – perantaraan yang digunakan untuk menyampaikan produk daripada pengeluar kepada pengguna.

d)     Produk – terdiri daripada barang dan perkhidmatan. Keluaran yang dihasilkan mesti berkualiti, sempurna dan dapat memenuhi kehendak pengguna.

         Contoh Harga

         Contoh Promosi
 
Contoh Agihan
                                                                                                               
     Contoh Produk