Tag Archive | NOTA BAB 6 : PROMOSI

JENIS PROMOSI 4 – PENGIKLANAN

Pengiklanan

Merupakan cara komunikasi pemasaran yang bertujuan untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli sesuatu barang atau perkhidmatan. Manakala iklan yang berkesan mempunyai unsur pujukan menjadi gaya tarikan yang dirancang dalam sesuatu mesej iklan. Antaranya ialah :

1) Pujukan Rasional
Mengaitkan sesuatu pembelian dengan kepentingan peribadi pembeli. Pembelian barang dikatakan lebih berfaedah, berkualiti, bernilai, kesihatan dan penjimatan.
2) Pujukan emosi
Menimbulkan perasaan positif supaya orang ramai terdorong membeli. Mesej iklan ada unsur rasa kasih sayang, takut, malu, bangga, gembira, mengikis perasaan bimbang.
3) Pujukan moral
Sikap orang ramai tentang perkara yang benar dan lebih wajar dilakukan. Mesej iklan tentang kebersihan alam sekitar, perpaduan, persamaan hak, amalan tolong-menolong.
Jenis pengiklanan terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
a)  Iklan penerangan
Iklan yang memberi penerangan atau maklumat tanpa unsur pujukan. Contohnya. ‘Jauhilah dadah’
b)  Iklan memujuk
Iklan yang memujuk dan mempengaruhi pembeli untuk membeli dengan menonjolkan kelebihan produk. Contohnya, ‘Syampu Rejoy menjadikan rambut anda lurus’.
c)  Iklan mengingat

Iklan yang mengingatkan pengguna tentang barang sedia ada di pasaran. Contohnya, ‘Pakailah Kasut A line semasa joging’.

Contoh pengiklanan :