KONSEP & PERANAN PROMOSI

Maksud Promosi

Promosi ialah kaedah memberitahu, memujuk dan mempengaruhi para pengguna untuk membeli dan menggunakan sesuatu produk dan perkhidmatan.

Peranan Promosi
1)  Menyampaikan maklumat
Melalui promosi, maklumat tentang ciri, harga, jenama, cara menggunakan sesuatu keluaran atau perkhidmatan dapat disampaikan kepada pengguna.
2)   Mewujudkan pasaran baru
Promosi memberi kesedaran kepada pengguna tentang kewujudan sesuatu barangan baru dan menarik minat mereka untuk membeli.
3)  Mengekalkan pasaran sedia ada
Promosi yang berterusan dapat mengingatkan pengguna tentang suatu produk dan terus menggunakannya.
4)  Meningkatkan dan meluaskan pasaran
Promosi membolehkan maklumat dapat disebarkan kepada ramai pengguna. Ini meningkatkan peluang perniagaan dan boleh membawa kepada peningkatan jualan dan keuntungan.
5)   Memujuk dan mempengaruhi pembeli
Peniaga boleh menggunakan pelbagai teknik promosi seperti cara menonjolkan keistimewaan, kelebihan menggunakan barangan itu. Cara ini dapat mempengaruhi pembeli membeli produknya.
6)   Memantapkan imej barang dan syarikat
Barang yang dipromosikan biasanya lebih mendapat perhatian dan lebih meyakinkan orang ramai. Ini kerana ia dikaitkan dengan imej seperti keanggunan, kemewahan, keunggulan dan sebagainya.
7)  Mengatasi pesaing
Peniaga menggunakan promosi untuk mengelakkan pengguna sedia ada dan pengguna baru beralih menggunakan barang pesaing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s